학술논문

Benign effects of logging on aerial insectivorous bats in Southeast Asia revealed by remote sensing technologies.
Document Type
Article
Source
Journal of Applied Ecology. Jul2023, Vol. 60 Issue 7, p1210-1222. 13p.
Subject
*REMOTE sensing
*LOGGING
*HABITATS
*HORSESHOE bats
*BATS
*BIOTIC communities
Language
ISSN
0021-8901
Abstract
Ringkasan: Pembalakan merupakan gangguan yang paling meluas di hutan tropika, mengubah komuniti dan fungsi ekologi. Walau bagaimanapun, banyak spesies boleh bertahan di hutan yang telah dibalak, terutamanya apabila tahap gangguan adalah rendah. Walaupun pemahaman semakin meningkat tentang impak pembalakan terhadap hidupan liar, masih sedikit maklumat tentang kelawar Asia Tenggara ‐ sebahagiannya disebabkan oleh cabaran utama dalam pemantauan.Kami menggabungkan data penderiaan jauh daripada pengesan kelawar akustik pasif dengan ukuran struktur hutan yang diperolehi melalui LiDAR daripada landskap yang diubah‐suai manusia di Sabah, Borneo. Penilaian kami terhadap kesan pembalakan mendapat manfaat daripada pengelas separa automatik bagi panggilan kelawar yang sangat mempercepatkan analisis data rakaman akustik. Kami merekodkan 105,576 lintasan kelawar daripada 21 kumpulan fonik merentasi kecerunan gangguan habitat, yang terdiri daripada hutan tua, hutan yang telah dibalak berulang kali dan ladang pokok.Kami menunjukkan bahawa tekanan pembalakan (seperti yang digambarkan oleh perubahan kepada kualiti habitat cth. ketinggian atau bentuk kanopi) tidak mempunyai kesan yang signifikan ke atas aktiviti akustik kelawar. Walau bagaimanapun, aktiviti kelawar adalah lebih tinggi di kawasan yang mempunyai keluasan hutan dengan biojisim yang lebih besar dan di kawasan yang mempunyai topografi yang lebih kasar. Hutan yang telah dibalak menyokong tahap aktiviti yang lebih tinggi untuk beberapa kumpulan fonik kelawar biasa berbanding dengan hutan tua. Secara keseluruhannya, kawasan ladang pokok menyokong tahap aktiviti kelawar yang paling rendah, iaitu mewakili penurunan sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan hutan tua, dan terdapat beberapa spesies yang tidak direkodkan di habitat ini.Kami mendapati kumpulan panggilan yang berbeza menunjukkan respons yang berbeza terhadap gangguan hutan. Kelawar berekor sarung (Emballonura spp.) adalah aktif di semua jenis habitat dan paling berdaya tahan terhadap impak pembalakan. Kelawar dari kumpulan pencari makanan di habitat pinggir/terbuka lebih banyak ditemui di kawasan yang berhutan dan dengan topografi yang kasar. Kelawar tapak kuda dan kelawar berhidung daun (pemakan flutter clutter) menunjukkan respons yang unik terhadap pembalakan tetapi secara konsisten tidak dijumpai di kawasan ladang.Sintesis dan aplikasi. Hutan yang telah dibalak boleh menyediakan kawasan perlindungan yang penting kepada banyak spesies kelawar biasa di Asia Tenggara, tetapi ia tidak dapat menampung kesemua spesies yang hanya hidup di kawasan hutan. Sungguhpun demikian, hutan yang telah dibalak menyediakan habitat yang jauh lebih baik untuk kelawar berbanding dengan ladang pokok. Walaupun kelawar insektivor udara yang dijadikan sampel melalui kaedah akustik dalam kajian ini adalah penunjuk yang lemah terhadap impak gangguan habitat hutan secara keseluruhannya, beberapa spesies yang menunjukkan respons yang telah dijangka terhadap impak pembalakan boleh digunakan dalam pemantauan biodiversiti dengan menggunakan kaedah berasaskan akustik dan tangkapan. [ABSTRACT FROM AUTHOR]