학술논문

Image Quality of Coronary CT Angiography (CCTA) using 640-slice Scanner: Qualitative and Quantitative Assessments of Coronary Arteries Visibility.
Document Type
Article
Source
Malaysian Journal of Health Sciences / Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 2020, Vol. 18 Issue 2, p49-57. 9p.
Subject
*CORONARY arteries
*CORONARY angiography
*SCANNING systems
*VISIBILITY
*BODY mass index
Language
ISSN
1675-8161
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kualiti imej dan ketepatan diagnostik bagipemeriksaan tomografi berkomputer angiografi koronari (CCTA) menggunakan mesin pengimbas 640 hirisan. Kemajuan teknologi dalam tomografi berkomputer berbilang hirisan dengan resolusi ruang dan masa yang tinggi serta susunan detektor yang canggih telah meningkatkan kualiti imej dan ketepatan diagnostik dalam CCTA. Sebanyak 25 pesakit (12 lelaki dan 13 -wanita) telah dipilih untuk menjalani pemeriksaan CCTA menggunakan mesin pengimbas 640 hirisan. Semua 16 segmen arteri koronari telah dinilai oleh dua penilai menggunakan skala 4-likert untuk penilaian kualitatif. Dalam penilaian kuantitatif, penilaian 4 arteri koronari utama dianalisis dari segi intensiti isyarat, hingar imej, nisbah hingar-isyarat dan nisbah hingar-kontras. Kesemua 25 pesakit dengan min umur 52.88 ± 14.75 tahun dan indeksjisim tubuh 24.24 ± 3.28 kg/m2 dianalisis. Dalam penilaian kualitatif 379 daripada 400 segmen (95%) mempunyai imej bernilai diagnostik sementara 21 segmen tidak mempunyai nilai diagnostik dengan pengesanan artifak sebanyak 5%. Dalam penilaian kuantitatif, secara statistiknya, tidak ada perbezaan signifikan dalam jantina dan bangsa (p> 0.05). Keseluruhan penilaian menunjukkan bahawa intensity isyarat adalah lebih tinggi di arteri utama kiri pada 393.7 ± 47.19. Hingar imej lebih tinggi pada arteri koronari kanan pada 39.01 ± 13.97. Nisbah hingar-isyarat dan nisbah hingar-kontras direkodkan paling tinggi pada arteri menurun anterior kiri dan arteri utama kiri dengan masing-masing 12.73 ± 5.17 dan 9.14 ± 4.2. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa mesin pengimbas 640 hirisan mempunyai nilai diagnostik yang lebih tinggi dalam pemeriksaan CCTA dengan keterlihatan arteri koronari sebanyak 95% dengan pengesanan artifak sebanyak 5%. [ABSTRACT FROM AUTHOR]